JEMPOL - Seorang ibu tunggal kerugian RM7,313.85 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai kakitangan Shopee.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang juga jurujual berusia 28 tahun telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Shopee pada Sabtu.
"Lelaki itu bertanyakan tentang produk kecantikan yang mangsa pilih di dalam aplikasi Shopee.
"Mangsa beritahu ingin membeli produk tersebut dan suspek menghantar beberapa pautan untuk diisi melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, mangsa telah mengisi butiran pada tiga pautan yang dihantar.
Bagaimanapun katanya, sebaik mangsa menyemak akaun banknya, dia mendapati baki wang simpanannya berkurangan sebanyak RM5,346.
"Mangsa kemudian menyemak pula baki E-Wallet dan dapati berkurangan sebanyak RM1,000. Ketika itu mangsa baru menyedari dia ditipu," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!