Program taklimat kewarganegaraan tidak menyalahi undang-undang - Sheikh Umar

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. (Gambar kecil: Sheikh Umar Bagharib Ali)

JOHOR BAHRU - Program taklimat dan penerangan permohonan kewarganegaraan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng tidak menyalahi undang-undang.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, tindakan mengheret isu ini ke kancah sempit perkauman disifatkan tidak bertanggungjawab dan dikutuk sekerasnya.

Iklan
Iklan

Katanya, tiada isu yang timbul terhadap program berkenaan apatah lagi tidak menyalahi undang-undang kerana ia merupakan penerangan dan panduan kepada rakyat yang berhadapan isu kewarganegaraan.

"Beberapa kupasan di media sosial misalnya yang cuba menyelirukan isu ini dengan mengaitkan ia sebagai usaha menyalahguna kuasa untuk memberikan kewarganegaraan kepada bangsa asing

Iklan

"Lebih melampau, ada yang cuba menggambarkan ia sebagai tindakan menjual kedaulatan negara dengan mengambil alih tugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Taklimat kewarganegaraan perlu dibatalkan segera - Pemuda UMNO Johor

Iklan

Pada Sabtu, Andrew Chen yang juga Setiausaha DAP Johor menerusi muat naik di laman Facebooknya memaklumkan program taklimat dan penerangan kewarganegaraan yang sepatutnya diadakan pada 30 Jun depan ditangguhkan selepas timbul kontroversi.

Andrew Chen memberitahu program anjuran Pusat Khidmat ADUN Stulang bertujuan menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa, selain sebab-sebab lain.

Dalam pada itu, Sheikh Umar yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menegaskan penganjuran program taklimat kewarganegaraan itu bukanlah perkara baharu.

Apatah lagi katanya, isu kewarganegaraan sering dihadapi pejabat-pejabat wakil rakyat seluruh negara.

Beliau berkata, isu membabitkan program berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana ia berperanan sebagai pemudahcara dan pembantu kepada rakyat yang memerlukan khidmat panduan.

"Ia tidak sedikit pun mengikis patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi pada akhirnya, kuasa pemutus tetap berada di tangan pihak berkuasa.

"Isu serta program seperti itu juga bukan rahsia, bukan juga isu terpencil atau perkara luar biasa. Saya juga pernah mengendalikan isu seumpama ini semasa menjadi wakil rakyat kawasan Paloh.

"Bahkan pada masa ini juga, ada rakyat yang masih mencari saya serta wakil rakyat lain untuk memohon nasihat serta panduan bila berhadapan isu yang sama," katanya.

Pemuda UMNO Johor pada Sabtu, dilaporkan mendesak program Taklimat dan Penerangan kewarganegaraan yang dianjurkan ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng itu, dibatalkan serta merta.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros, dilaporkan berkata program berkenaan dilihat sebagai satu bentuk provokasi yang akan mengundang kepada ketidaktenteraman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!