Suapan lebih RM1 juta: Reman pegawai JAIPs, imam disambung tiga hari

Iklan
Tiga suspek diiringi anggota SPRM di Mahkamah Kangar pada Ahad.

KANGAR - Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kangar, Ahmad Hamdi Mustafar membenarkan tempoh reman terhadap tiga individu yang disyaki menerima suapan berjumlah RM1.183 juta dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di Perlis disambung tiga hari lagi.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tempoh reman tersebut disambung sehingga 12 Jun ini terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), seorang imam sebuah masjid dan seorang individu lagi berusia 25 hingga 52 tahun.

Iklan
Iklan

Pada Rabu lalu, media melaporkan tiga individu tersebut direman lima hari bermula 5 Jun sehingga Ahad berkaitan kes menerima suapan lebih RM1 juta bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan di negeri itu.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang pada Selasa lalu di pejabat JAIPs.

Iklan

Dua lagi suspek yang merupakan imam sebuah masjid dan pemilik syarikat pula ditahan kira-kira jam 6 petang hari sama di pejabat SPRM Perlis.

Siasatan awal yang dilakukan mendapati pemilik syarikat disyaki membayar RM1.183 juta kepada pegawai JAIPs sejak April 2022 hingga Jun 2023.

Iklan

Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!