'Bantah DLP tak wajar, KPM tak buat keputusan sewenang-wenangnya'

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri) dan Zainol Abidin

ALOR SETAR - Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri Kedah menyifatkan tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang membantah cadangan Program Dual Language Programme (DLP), Kementerian Pendidikan (KPM) adalah tidak wajar.

Pengerusinya, Zainol Abidin Mohamad berkata, sebagai warganegara Malaysia adalah wajib untuk rakyat negara ini akur pada Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

"Maksudnya kita juga kena akur pada Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurutnya, rakyat juga perlu melihat sistem pendidikan di negara-negara maju yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran subjek Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Iklan

Zainol Abidin berkata, sebarang arahan daripada kementerian lazimnya telah dibuat kajian teliti sebelum keputusan diambil.

"Kementerian tidak akan buat keputusan secara sewenang-wenangnya, mereka ada satu kajian yang teliti dan menteri terlibat juga telah melihat keadaan luar negara dan dalam negara sebelum buat keputusan.

Iklan

"Bagi saya arahan kementerian ni ada sebab untuk perkasakan bahasa Melayu dan kukuhkan bahasa Inggeris. Lagipun apa salahnya jika kita adakan satu kelas dalam bahasa Melayu.

"Jadi PIBKS Kedah menyokong sepenuhnya cadangan KPM bagi mewujudkan satu kelas DLP bahasa Melayu di SMJKC demi mengangkat martabat bahasa Melayu," katanya.

Sebelum ini, KPM dijangka bertemu dengan Lembaga Sekolah dan PIBG dari 11 SMJK dan SMC di Pulau Pinang.

Ia susulan kumpulan berkenaan dikatakan membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP yang dilaksanakan di sekolah mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!