Nahas rombongan guru: Masjid Tanah berduka

Iklan
Rombongan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah ke Seberang Takir, Terengganu terlibat nahas yang mengorbankan tiga mangsa pada Ahad. Foto tular FB

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Nahas sebuah bas persiaran yang membawa rombongan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, di sini, turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Berita sedih itu dikongsi beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, menerusi status Facebook (FB) rasminya di sini, pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Masjid Tanah berduka," tulisnya ringkas disertakan emoji sedih susulan nahas membawa 37 penumpang bersama pemandu dan kelindan menyertai rombongan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka untuk ke Terengganu.

Hantaran di FB Ab Rauf Yusof

Sinar Harian pada Ahad melaporkan dua termasuk seorang wanita maut selepas bas persiaran membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.

Iklan

Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Iklan

Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.