KOTA BHARU - Pengarah sebuah jabatan kerajaan yang remannya berakhir esok bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit, dibebaskan pada Ahad.
Mengesahkan perkara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain berkata, individu berkenaan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah agensi kerajaan direman kes minta, terima rasuah ratusan ribu ringgit
Media sebelum ini melaporkan pengarah berusia 58 tahun itu disyaki meminta wang suapan berjumlah ratusan ribu ringgit sebagai imbuhan bagi meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan jabatan dan ditahan pada 5 Jun lepas selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!