KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,971 kes kemalangan yang melibatkan 7,480 kenderaan direkodkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat 16 dilancarkan sejak 18 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias berkata, penunggang dan pembonceng motosikal catat kematian tertinggi iaitu sebanyak 28 kematian.