Nahas rombongan guru: MAIM bantu urus jenazah mangsa

Iklan
Hameed (kiri) ketika mendengar taklimat mengenai keadaan mangsa yang masih mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah di sini, pada Ahad.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kemalangan membabitkan nahas bas persiaran dengan sebuah treler di Muadzam Shah, Pahang pada awal pagi Ahad.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini dilaporkan tiga mangsa maut termasuk dua guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka manakala 36 lagi penumpang cedera.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua warga pendidik dari SK Jeram yang meninggal dunia dikenali sebagai Allahyarhamah Hasnatul Adilah Hassan, 48 (guru) ; dan Allahyarham Hamzah Ahmad, 60 (pembantu operasi).

"Saya turut mewakilkan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Datuk Hameed Basheer, dan Setiausaha Politik saya, Abdul Hakim Abdul Wahid serta Pengarah Pendidikan Melaka Mohammad Ghazali Ahmad, untuk menziarahi dan memberikan bantuan segera kepada semua mangsa yang cedera di Hospital Muadzam," katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.

Iklan
Salah seorang mangsa terlibat dalam nahas dirawat Hospital Muadzam Shah pada Ahad.

Tambahnya, kerajaan Negeri juga akan memantau perkembangan tragedi ini dari semasa ke semasa dan segala urusan jenazah akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Kerajaan negeri berduka dengan tragedi yang menimpa, semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya lagi.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan tiga maut selepas bas persiaran membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah.

Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak untuk menghadiri program penanda aras ke Seberang Takir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!