Festival makanan tradisional seluruh Malaysia di Temerloh

Iklan
Sahariman (dua dari kiri) bersama Yu Man (dia dari kanan) dan Suris (kanan)melihat risalah yang disediakan di festival tersebut.

TEMERLOH - Sebanyak 11 negeri, 11 daerah di Pahang dan tiga negara iaitu Indonesia, Vietnam dan Jepun tampil memperkenalkan makanan masing-masing menerusi Festival Makanan Tradisional Homestay Malaysia 2024 yang berlangsung dua hari bermula Sabtu di sini.

Festival anjuran Persatuan Pengusaha Homestay Malaysia itu berlangsung di Kampungstay Desa Murni (Sabtu) dan Esplanade 1 dekat sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Presidennya, Datuk Sahariman Hamdan berkata, peserta terdiri pengusaha homestay dengan masakan tradisional yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Menurutnya, sebanyak 32 peserta mengambil bahagian dalam festival tersebut.

Iklan

"Kita ambil dan pilih homestay (kampung) terbaik dan mereka turut bertanding semalam dan rata-ratanya majoriti mendapat 90 markah ke atas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man di Esplanade 1 pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat.

Antara makanan tradisional yang disajikan termasuklah patin tempoyak, asam pedas, burasak, puding raja serta ayam penyet sambal hijau dari Indonesia.

Yu Man (tiga dari kiri) tertarik melihat makanan yang disediakan peserta Indonesia sambil diperhatikan Sahariman(dua dari kiri) dan Suris(kiri).

Sementara itu, Yu Man mengalu-alukan penganjuran festival peringkat antarabangsa sebegitu kerana memperkenalkan dan mempromosikan keistimewaan makanan warisan setiap negeri dan daerah di negara ini.

"Pada masa yang sama, kita berjaya menjemput delegasi luar iaitu Jepun, Indonesia dan Vietnam sekaligus ia memberikan peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama untuk sama-sama mempromosikan makanan masing-masing.

Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang mendapatkan makanan pilihan di festival tersebut.

Beliau berkata, Malaysia bukan sahaja destinasi yang kaya dengan khazanah alam, namun setiap negeri, daerah memiliki keistimewaan khususnya makanan tempatan masing-masing.

"Dengan mempromosikan makanan tradisional ini, ia menjadi satu daya tarikan baharu untuk pelancong di Pahang dan Malaysia," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!