[VIDEO] 'Tuntutan 40 peratus berlainan dengan peruntukan RM16 bilion kepada Sabah'

Iklan

PENAMPANG - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa 40 peratus hasil bersih yang dituntut berlainan dengan peruntukan RM16 bilion yang diberikan kepada Sabah pada tahun ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, jumlah itu adalah bahagian yang perlu dikembalikan menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Iklan
Iklan

"Itu lain (RM16 bilion), perjanjian ini lain. 40 peratus itu cukai yang ada harus dikembalikan, berapa cukai sudah dipungut di Sabah ini? 40 peratus dari cukai sejak tahun berapa, tak akan melebihi daripada itu.

"Saya ingat itu perkara yang kebiasaannya bagi kerajaan Persekutuan yang terdapat dua perkara, satu Federal List (senarai Persekutuan), satu Concurrent List (Senarai Bersama)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Kaamatan Parti Warisan di Buhavan Square di sini pada Ahad.

Iklan

Mohd Shafie menuai padi sebagai simbolik perasmian Sambutan Kaamatan Parti Warisan di Buhavan Square, Penampang.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa peruntukan kepada Sabah sebanyak RM16 bilion melebihi tuntutan hasil 40 peratus kerajaan negeri.

Mohd Shafie menuai padi sebagai simbolik perasmian Sambutan Kaamatan Parti Warisan di Buhavan Square, Penampang.

Jelas beliau lagi, tuntutan 40 peratus itu hanya membabitkan Sabah dalam Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 112C dan 112D jadual 10 (4).

"Di Sabah saja disebut 40 peratus, tidak ada disebut Perlis, tidak ada disebut Kelantan, tidak ada disebut Sarawak, ini termaktub dalam MA63.

"Tun Fuad Stepens sain, Tun Mustapha sain, G.S Sundang sain, itu perjanjian dulu tahun 1963, tidak ada perjanjian 63 (1963) atau pun dalam perjanjian negeri ini harus dibahagi," katanya.

Sehubungan itu, tegas beliau perlu dipastikan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan ditunaikan sebaik mungkin.

"Bukan hanya runding, runding banyak kali. Kalau boleh beritahu kita berapa banyak, kalau kerajaan Persekutuan tidak mampu, berapa yang mereka boleh bayar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!