Tidak pelik Kota Bharu diiktiraf bandar terbaik Asia Tenggara, dunia

Iklan
Bandar Kota Bharu yang disenaraikan sebagai bandar ke-16 terbaik di Asia Tenggara dan ke-433 di dunia. Foto Bernama

KOTA BHARU - Bandar Kota Bharu yang disenaraikan sebagai bandar ke-16 terbaik di Asia Tenggara dan ke-433 di dunia sebagai sesuatu yang tidak pelik malah sesuai dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, keputusan itu turut membuktikan kesungguhan berterusan oleh pihak pentadbiran dengan sokongan petugas kebersihan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Kota Bharu mendapat pengiktirafan itu berikutan pihak berkuasa tempatan berjaya menggerakkan kempen kesedaran dan membina infrastruktur untuk penduduk di kawasan operasinya.

"Keputusan itu mungkin dianggap pelik oleh mereka yang 'menyerang' Kelantan dan tidak pernah berada di negeri ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Mohd Anis Hussein.

Iklan
Hilmi disambut Mohd Anis pada Majlis Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.

Penarafan tersebut hasil laporan dan bancian Oxford Economic Global Cities Index 2024 yang membuat kajian ke atas 1,000 bandar membabitkan 163 negara di seluruh dunia.

Lima aspek penting yang dinilai membabitkan ekonomi, kualiti hidup, sumber manusia, tadbir urus dan alam sekitar dengan 27 indikator pemarkahan.

Pada kedudukan dunia, New York berada paling atas di dunia diikuti London (2), San Jose (3), Tokyo (4), Melbourne (9), Sydney (16), Perth (23), Seoul (41), Singapore (42).

Di peringkat Asia Tenggara pula, Singapura mendahului menjadi bandar raya dengan indeks terbaik iaitu pada kedudukan ke-42 di dunia manakala tempat kedua ialah Kuala Lumpur (135) diikuti Bangkok (192).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!