Masyarakat antarabangsa boleh bantu hentikan kekejaman Israel

Iklan
Ilan Pappe -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Masyarakat sivil antarabangsa mempunyai peranan yang lebih besar dalam mempengaruhi kerajaan masing-masing untuk memberikan tekanan ke atas Israel bagi menghentikan penindasan dan permusuhan sistematik terhadap Palestin dan rakyatnya.

Sejarawan tersohor Israel, Ilan Pappe berkata, meskipun kesedaran dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia terhadap perjuangan dan isu yang dihadapi Palestin telah meningkat, perkara sama tidak boleh dikatakan mengenai kerajaan mereka, terutama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Iklan
Iklan

"Malah di AS, kita boleh lihat satu perubahan yang ketara (sokongan terhadap Palestin) pada masa ini tetapi jika anda naik ke atas, di peringkat elit politik, kisahnya adalah berbeza; sama ada mereka melindungi agenda sendiri atau mereka takut untuk mencabar Israel,” kata Pappe yang berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri satu siri penglibatan dengan orang awam di Malaysia, kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Kunjungan sulung beliau ke negara ini adalah atas jemputan badan bukan kerajaan iaitu Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST).

Iklan

Pappe, yang juga pengarah Pusat Eropah untuk Pengajian Palestin di Universiti Exeter di United Kingdom berkata, pergerakan solidariti masyarakat sivil seperti yang telah membantu menghentikan aparteid di Afrika Selatan pada tahun 1990-an mungkin boleh menamatkan penindasan di Palestin dan terhadap rakyat Palestin suatu hari nanti.

"Pergerakan solidariti dari luar, yang bermula dengan boikot, pemberhentian pelaburan dan sekatan akan berjaya menamatkan penindasan itu. Boikot adalah penting disusuli dengan perubahan dalam dasar kerajaan dan sekatan.

Iklan

"Sikap (kerajaan) ini perlu berubah agar dapat mewujudkan lebih banyak tekanan ke atas Israel,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pappe yang menyokong penyelesaian satu negara dalam krisis Palestin-Israel berpendapat bahawa adalah penting bagi pemimpin politik Palestin untuk terlebih dahulu mengatasi perbezaan antara mereka dan bersatu dalam mendepani ancaman dari Israel.

"Sudah tiba masanya untuk semua pemimpin politik sama ada Hamas atau Fatah dan parti-parti politik Palestin di dalam Israel untuk menukar rentak dan bercakap tentang penyelesaian satu negara,” kata beliau. - Bernama