Wei Chong-Kai Wun terlepas gelaran Terbuka Indonesia

Iklan
Kai Wun (kanan) dan Wei Chong kalah kepada pasangan China dalam aksi final Terbuka Indonesia di Jakarta pada Ahad. Foto EPA

IMPIAN beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk menamatkan kemarau 16 tahun skuad badminton negara merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia yang berstatus Super 1,000 tidak kesampaian.

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-20 itu terpaksa akur tewas kepada beregu nombor dua dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang di Jakarta sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Wei Chong-Kai Wun memulakan saingan dengan momentum positif apabila menang pada set pertama 21-19, sebelum pasangan China itu bangkit 21-16 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Pengalaman ternyata memisahkan kedua-dua pasangan apabila Wei Keng-Wang Chang mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 21-12 dalam tempoh 55 permainan di Istora Senayan itu.

Iklan

Pujian bagaimanapun wajar diberikan kepada Wei Chong-Kai Wun kerana ia adalah pentas final pertama mereka pada musim ini.

Menerusi kemenangan itu, Wei Keng-Wang Chang membawa pulang hadiah berjumlah AS$96,200 (RM451,237), manakala Wei Chong-Kai Wun meraih AS$45,500 (RM213,422).

Iklan

Sebagai rekod hanya dua pasangan negara yang pernah merangkul gelaran tersebut iaitu menerusi Razif dan Jalani Sidek (1988 dan 1990) serta Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari pada 2008.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga pernah sampai ke pentas final kejohanan itu pada edisi lalu, namun dikecewakan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India.

Sementara itu, Wei Chong berkata,"Mereka pantas memperoleh rentak dalam perlawanan penentuan,...jadi sukar untuk kami mengejar.

"Masih banyak yang perlu kami belajar terutama dari segi keyakinan dan mentaliti. Bagaimanapun, prestasi kami begitu tidak teruk dalam kejohanan ini.”

Mengulas kemenangan set pertama Kai Wun berkata:"Dalam set pertama mereka hanya mengikut gaya permainan kami dan menukar strategi pada set penentuan sehingga tidak dapat memperoleh mata.

"Kini akan membuat persiapan menghadapi Terbuka Jepun Super 500 dan Terbuka Korea Selatan Super 500.”

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!