Angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel cecah lebih 37,000

Iklan
Seorang wanita memeluk erat kanak-kanak Palestin yang tercedera dalam kejadian pengeboman oleh Zionis Israel di Semenanjung Gaza. - AFP

GAZA - Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 37,084 orang, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sebanyak 84,494 individu lagi mengalami kecederaan. Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

WAFA melaporkan bahawa dalam tempoh 24 jam yang lepas, tentera Israel telah melakukan lapan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 283 rakyat Palestin terbunuh dan 814 lagi cedera.

Sementara itu, pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak mempunyai akses kepada ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau yang berselerakan di jalan-jalan di seluruh wilayah yang diserang kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan pasukan ambulans dan pertahanan awam. - Bernama

Iklan

Iklan