Penat cari barang berharga, pencuri tertidur atas sofa

Iklan
Rini menunjukkan kuali yang digunakan pencuri untuk menyembunyikan diri ketika cuba bersembunyi di rumah ibunya.- Agensi

TASIKMALAYA - Nasib malang menimpa seorang pencuri di sini apabila niatnya yang mahu mencuri barang berharga di sebuah rumah gagal, malah dia ditangkap setelah tertidur kerana penat.

Pemilik rumah, Imas Sri Susana 60, mendapati pelaku tertidur di atas sofa rumahnya yang terletak di Jalan Gudang Jero 3, daerah Cipedes, kota Tasikmalaya, Jawa Barat kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

"Saya bangun pagi dan mahu menutup lampu, bila ke ruang tamu saya lihat ada seorang yang tidak dikenali sedang tidur di atas sofa, saya terkejut," katanya pada Khamis.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Imas segera memberitahu kejadian itu kepada penghulu dan anaknya Rini,39.

Iklan

"Saya segera ke rumah ibu, setiba di rumah ibu rupanya rumah telah dikepung oleh orang kampung, jadi pencuri tidak boleh melarikan diri," kata Rini yang rumahnya hanya berdekatan dengan rumah orang tuanya itu.

Rini kemudian melaporkan kejadin itu kepada polis, setibanya polis dilokasi pintu rumah terpaksa dipecahkan kerana pelaku menguncinya dari dalam.

Iklan

Setelah berjaya memasuki rumah berkenaan, ternyata pelaku menyembunyikan diri di bawah sebuah kuali namun tidak berjaya meloloskan diri kerana kakinya masih kelihatan kerana saiz kuali itu agak kecil.

Pelaku kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis.

Ketika disiasat, pelaku mengaku dia memasuki rumah Imas sekitar jam 1 pagi waktu tempatan dengan cara memecahkan pintu hadapan.

"Dia juga mengaku pernah mencuri di daerah Cigeureung," kata polis Tasikmalaya Kota, Kompol Iwan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!