Guru subjek lain disuruh mengajar bahasa Inggeris

Iklan
Foto hiasan

BARU-BARU ini Merak Jalanan ke sekolah kerana ketika ini banyak program dijalankan seperti mesyuarat PIBG, hari sukan sekolah dan pelbagai aktiviti lain lagi yang turut melibatkan ibu bapa.

Menariknya dalam pertemuan-pertemuan seperti ini, banyak la cerita-cerita yang kita akan dengar.

Iklan
Iklan

Antaranya perbualan mengenai kebersihan tandas, harga makanan di kantin, barang yang dijual di koperasi, dan pelbagai lagi.

Namun ada satu perkara yang sangat menarik perhatian Merak Jalanan adalah mengenai pengakuan daripada seorang guru yang bagi Merak Jalanan amat mengejutkan.

Iklan

Guru tersebut memberitahu dia telah diminta untuk mengajar subjek bahasa Inggeris sedangkan bahasa tersebut bukanlah kemahirannya.

Merak Jalanan yang terdengar perbualan tersebut terus terkesima kerana tidak sangka itu luahan hatinya.

Iklan

Ingatkan semua guru yang bertauliah dalam bidang masing-masing sahaja dibenarkan mengajar.

Tak sangka pula ada ‘guru bidan terjun’.

Bayangkan, bagi sesetengah guru, apabila terpaksa mengajar subjek yang bukan bidangnya, pasti ia sangat sukar dan mencabar.

Walaupun mungkin ada yang berkata, ala sekolah rendah je kut, namun sekolah rendah juga penting kerana ia merupakan perkara asas sebelum ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, jika perkara ini menjadi sesuatu yang biasa, diharapkan ia dapat ditamatkan segera.

Janganlah berikan guru yang tidak mampu atau bahasa kasarnya sekadar tangkap muat. Kasihan pada anak murid.

Dalam hal ini, Merak Jalanan tidak salahkan guru tersebut.

Dia hanya risau jika tidak dapat mencurahkan ilmu yang terbaik buat anak muridnya.

Namun dalam masa yang sama, golongan ibu bapa juga turut risau jika anak-anak tidak mendapat ilmu daripada orang yang sepatutnya.

Apatah lagi apabila guru tersebut sendiri ragu-ragu dengan kebolehan dirinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!