JSJK cadang perisian khas bendung penipuan akaun bank

Iklan
Ramli (tengah) ketika sidang akhbar di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar satu perisian khas digunakan dalam usaha membanteras jenayah penipuan menggunakan akaun melibatkan institusi kewangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perisian dikenali sebagai 'First Time Transfer Pop Up' ini berperanan memberi amaran kepada pengguna apabila melakukan pindahan wang kali pertama ke nombor akaun baharu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perisian ini dicadangkan menerusi perbincangan antara pihaknya bersama Bank Negara Malaysia pada 4 Jun lalu setelah terdapatnya aduan berkaitan insiden penggodaman akaun syarikat.

"Polis sebelum ini menerima aduan berkaitan tindakan penjenayah yang menggodam akaun syarikat dengan mengubah data fail gaji dan menggantikan nombor akaun bank pekerja kepada nombor akaun keldai.

Iklan

"Pihak syarikat yang tidak menyedari perubahan ini, telah memuat naik data tersebut ke dalam sistem akaun korporat bagi tujuan pembayaran gaji," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, tindakan itu mengakibatkan syarikat terbabit menyangkakan pembayaran gaji telah dilakukan.

"Bagaimanapun, mereka sebenarnya telah membuat pindahan wang ke akaun milik penjenayah.

Menurutnya, menerusi perbincangan yang dijalankan beberapa permasalahan telah dirungkai dan dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik khususnya dalam membendung jenayah penipuan dalam talian.

"Antara isu yang dibincangkan adalah pengenalan protokol standard dalam pengendalian akaun.

"Perkara ini bagi memastikan tatacara pengurusan akaun dapat diselaraskan di semua institusi perbankan sekali gus mengelakkan kecelaruan yang timbul pada masa ini," katanya.

Jelasnya, turut dibincangkan adalah berkenaan garis panduan bagi pengurusan yang adil terhadap mangsa-mangsa kes penipuan dalam talian.

"Perkara ini sedang diperhalusi dan apa jua keputusan yang dilaksanakan kelak akan menitikberatkan kebajikan mangsa dan dalam masa yang sama memperkasakan elemen pembanterasan jenayah penipuan dalam talian.

"Selain itu, beberapa isu yang dikenal pasti berkaitan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standard yang diguna pakai sedang dalam proses kajian untuk tujuan penambahbaikan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!