7 askar terkorban serangan bom kereta di barat laut Pakistan

Iklan
Gambar hiasan

MOSCOW - Tujuh askar Pakistan terbunuh dalam serangan bom kereta di bandar Lakki Marwat, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pada Ahad, menurut perkhidmatan akhbar angkatan tentera Pakistan, lapor Sputnik.

"Pada 9 Jun 2024, satu bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup pada kenderaan Pasukan Keselamatan di daerah Lakki Marwat.

Iklan
Iklan

"Akibatnya, Kapten Muhammad Faraz Ilyas, 26, bersama enam lagi anak watan yang berani... telah meninggal dunia," kata perkhidmatan akhbar itu di X.

Pada 16 Mac, perkhidmatan akhbar itu melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh askar Pakistan, termasuk dua pegawai, terbunuh dalam serangan ke atas pos pasukan keselamatan di daerah Waziristan Utara di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan. - Bernama-Sputnik

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!