Ada cadangan nama bayi tapir betina ini?

Iklan
Paparan Twitter Perhilitan mencuri perhatian setelah pegumuman kelahiran seekor anak tapir betina pada jam 4 petang tadi.

KUALA KUBU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengumumkan kelahiran seekor anak tapir betina pada jam 4 petang tadi.

Berita gembira yang dikongsi Perhilitan di Twitter miliknya turut mengemukakan cadangan kepada netizen untuk memberi nama sesuai kepada haiwan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami ada berita gembira untuk anda semua. 21/1/2020, kira-kira jam 4 petang tadi, seekor anak tapir betina dilahirkan dengan berat 8.60kg dari pasangan Mala (ibu) dan Boy (bapa).

"Nampaknya Beradek sudah ada kawan. Anda ada cadangan nama untuk bayi tapir betina ni?," ciapnya yang menarik perhatian netizen.

Iklan

Perkongsian itu kini tular di laman sosial hingga ruang komen dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen selain nama baru buat si comel itu.

Tangkap layar daripada netizen.

Menurut Remino,"Wah tak sangka ek yang hari tu nama Beradek betul kamu letak, yang ni jadi adik Beradek la.

Iklan

"Mala+Boy kalau gabung jadi Maboy, tak sesuai pulak sebab dia betina. Jadi saya cadangkan nama dia Magurl. Nanti Beradek panggil dia 'yo Magurl, come here bebeh'," selorohnya.

Jooija pula berpendapat,"Nama Batek@batik sebab badan dia macam kek batik, biar la ada unsur-unsur nusantara sikit. Hai bayi tapir, kamu sungguh comel!."

Bagi Abg M pula lebih memilih nama berunsurkan kemelayuan.

"Letak nama 'Manis' sudah...Takkan nak gabung nama Mala dan Boy pula, betina tu kan.. ambil singkatan nama ibu sudah, ada bunyi Melayu sikit..." ciapnya.

Dalam pada itu sehingga kini netizen membanjiri ruang komen untuk sama-sama mencuba nasib meletakkan nama buat bayi tapir itu.