Sindiket laman sesawang lucah China terbongkar

Iklan
Ramli menunjukkan antara peralatan yang dirampas susulan tangkapan empat individu warga China menerusi serbuan di dua kediaman elit dekat Jalan Tun Razak, di sini, 5 Jun lalu.

KUALA LUMPUR - Sindiket laman sesawang lucah yang menjadikan negara ini sebagai pusat operasi terbongkar susulan tangkapan empat individu warga China menerusi serbuan di dua kediaman elit, dekat Jalan Tun Razak, pada 5 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, serbuan berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Iklan
Iklan

"Operasi dijalankan kira-kira jam 2.45 petang itu berjaya memberkas tiga lelaki dan seorang wanita warga China berumur berumur antara 28 hingga 42 tahun.

"Serbuan dijalankan susulan maklumat diterima berkaitan kegiatan pusat panggilan penipuan dalam talian di lokasi berkenaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, di sini pada Isnin.

Katanya, turut dirampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

Iklan

Jelasnya, siasatan awal mendapati kediaman terbabit dijadikan sebagai lokasi mempromosikan, memiliki dan menguruskan laman web berkenaan.

"Siasatan setakat ini mendapati mereka tidak menghasilkan video lucah di negara ini sebaliknya hanya berperanan sebagai 'administrator'.

"Selain itu, siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit baru saja beroperasi di negara ini," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!