KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat

Iklan
Ahmad (tengah) merasmikan pelancaran Asset Management Roundtable Series 2024/2025 dan Global Maintenance Day 2024 berlangsung di UEM Edgenta Learning Centre di Petaling Jaya pada Isnin.

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kerja Raya (KKR) akan meneliti aspek keselamatan di Jalan Kuantan-Segamat yang mengorbankan empat nyawa dalam kemalangan bas membawa rombongan guru terbalik pada Ahad.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan mengambil tanggungjawab penambahbaikan jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.

Iklan
Iklan

"Melalui data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 80 peratus punca kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian pemandu kenderaan, 13 peratus lagi kerana masalah jalan manakala 7 peratus pula berpunca keadaan kenderaan yang tidak diselenggara atau rosak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pengguna yang mahu KKR meneliti dan menaik taraf semua laluan tersebut yang didakwa kerap berlaku kemalangan.

Iklan

Ahmad ditemui pada pelancaran Asset Management Roundtable Series 2024/2025 dan Global Maintenance Day 2024 berlangsung di UEM Edgenta Learning Centre di sini pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler.

Iklan

Bas berkenaan membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Mereka yang maut ialah Penolong Kanan, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60, dan guru, Dahlia Ahmad, 52.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!