Steven Sim ketuai delegasi ke Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva

Iklan
Steven. Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi (ILC) ke-112 pada 10 hingga 14 Jun di Geneva, Switzerland.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam satu kenyataan berkata, Steven akan menyampaikan ucapan negara dalam sidang plenari dan menyentuh mengenai pembaharuan kontrak sosial bagi menyokong tema persidangan ILC tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyertaan Malaysia ke persidangan tersebut penting dan signifikan kerana negara akan mendepositkan dokumen ratifikasi Konvensyen Occupational Safety and Health Convention, 1981 (No. 155) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kepada Ketua Pengarah ILO.

"Ia bagi membincangkan ruang kerjasama dalam bidang perburuhan serta pembangunan sumber manusia antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Iklan

Tambah Kesuma lagi, Steven bakal menghadiri mesyuarat bersama Sekretariat World Economic Forum, perwakilan tertinggi tripartite antarabangsa iaitu International Trade Union Confederation (ITUC) dan International Organisation of Employers (IOE).

Seterusnya, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam akan mengadakan perjumpaan dengan pakar ILO dalam bidang platform ekonomi dan standard perburuhan.

Iklan

"Penyertaan Menteri Sumber Manusia dan delegasi membuktikan komitmen tinggi kerajaan memastikan standard perburuhan negara dapat ditingkatkan selari dengan standard perburuhan antarabangsa,” jelas kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!