Harimau Malaya sedia ratah Taiwan
Iklan
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon kekal positif biarpun memerlukan jaringan besar ke atas Taiwan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk membuka kembali peluang ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.
Menurutnya, statistik jaringan besar ketika bermain di laman sendiri memihak kepada Malaysia selain tidak berdepan kesukaran untuk menundukkan pasukan di ranking yang lebih rendah daripada Harimau Malaya.