'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'

Iklan
Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa penderaan majikannya sejak seminggu lalu. Gambar hiasan

PETALING JAYA - Dikurung di balkoni setiap kali selesai tugasan dan tidak dibayar gaji antara episod malang dialami seorang pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa penderaan majikannya sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, derita mangsa yang dilayan seperti binatang itu berakhir apabila diselamatkan menerusi serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 5 petang Ahad.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa berumur 21 tahun itu dipercayai baru bekerja dengan majikannya sejak seminggu lalu di sebuah unit kondominium dekat Mutiara Damansara.

"Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.

Iklan

Katanya, mangsa turut tidak menerima gaji dan tidak tahu berapa bayaran untuk pekerjaannya itu.

"Mangsa tidak menerima gaji sejak bekerja seminggu lalu, dan tidak tahu berapa nilai gajinya.

Iklan

"Selain itu, mangsa mendakwa diberikan makan dan minum sebanyak tiga kali sehari selain sentiasa dimarahi oleh majikannya itu," katanya.

Menurutnya, serbuan dijalankan turut menahan seorang wanita warga tempatan berumur 69 tahun dipercayai merupakan majikan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/63,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!