Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunaikan haji

Iklan
Gambar hiasan Bernama

MAKKAH - Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengundang 1,000 lagi ahli keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menganjurkan inisiatif itu di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah di bawah tajuk,"Hosting Initiative for Pilgrims from the Families of Martyrs and the Wounded from the Gaza Strip”.

Iklan
Iklan

Menterinya, Abdullatif Abdulaziz Al Al-Sheikh, yang menyelia program itu menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.

Beliau memuji Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi atas tindakan mulia itu yang mencerminkan keprihatinan dan penjagaan berterusan baginda terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi Kerajaan terhadap perjuangan Palestin di semua peringkat.

Iklan

"Isyarat kemanusiaan ini bukanlah perkara asing bagi Kerajaan, yang telah berdiri bersama rakyat Palestin sejak zaman pengasas Raja Abdulaziz hingga ke era Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota sekarang,” katanya.

Sementara itu, Raja Salman pada Mei turut mengundang 1,000 warga Palestin menunaikan haji pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijemput kepada 2,000 jemaah. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!