Mayat lelaki bogel ditemukan tepi jalan

Iklan
Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai dibunuh di hadapan sebuah kilang di Laluan Perusahaan Klebang di sini pada tengah malam Ahad. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin) Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai dibunuh di hadapan sebuah kilang di Laluan Perusahaan Klebang di sini pada tengah malam Ahad.

Dalam kejadian sekitar 12.20 malam itu, mangsa ditemukan terbaring di tepi jalan oleh orang awam tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa menemui kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki.

"Kes telah diklasifikasikan sebagai bunuh dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, sebelum kejadian, polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat pergaduhan berlaku di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran.

Iklan

"Kita juga memohon ahli keluarga yang mempunyai kehilangan waris untuk tampil membuat pengecaman identiti mangsa.

"Buat masa ini, usaha mengesan suspek sedang dijalankan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!