Warga maya 'senang' lihat menteri kena marah

Iklan
Anita tidak dapat menahan marah ketika bercakap tentang peruntukan kementerian yang disifatkannya tidak telus. - Agensi

JAKARTA - Nama Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Anita Jacoba Gah, menjadi perhatian warga maya selepas video yang memaparkan beliau memarahi Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim tular di media sosial.

Malah reaksi warganet yang melihat video itu sebilangannya meninggalkan rasa 'senang' dengan tindakan ahli politik wanita berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, insiden itu berlaku pada Rabu lalu di Gedung Nusantara I DPR Republik Indonesia, Senayan, Jakarta.

Dalam klip berkenaan, memaparkan Anita berucap dalam nada marah ketika mempersoalkan penyaluran bajet kementerian yang berjumlah 15 triliun rupiah (RM4.41 bilion) yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Iklan

"Anda jangan tersenyum, saya marah pak menteri kerana kenyataan di lapangan seperti itu, jadi saya minta badan pencegah rasuah siasat kementerian, kita lihat siapa yang bobrok," katanya.

Sebagai contoh kata Anita, banyak bangunan sekolah yang terbengkalai meskipun sudah diberi peruntukan sejak tahun 2021.

Iklan

Memberi reaksi berkenaan, menterinya Nadiem hanya tertunduk dan tersenyum.

Susulan itu, warga maya secara sinis memberi reaksi terhadap bahasa tubuh Nadiem tersebut.

"Menteri hanya lirik mata, tidak berani melihat Anita," komentar salah seorang warganet.

"Kalau begini ahli DPR RI, negara kita pasti maju," ujar seorang lagi netizen.- Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!