Kawan Sanusi ganggu ceramah Rafizi?

Iklan
Individu yang mempertikaikan mengenai penurunan harga petrol hanya mengangkat tangan dan menunjukkan tanda 'peace' ketika Rafizi menjemput naik ke atas pentas.

SUNGAI BAKAP - Ceramah Pengarah Pilihan Raya Perpaduan, Rafizi Ramli terganggu selepas seorang lelaki yang mendakwa dirinya penyokong UMNO cuba cetuskan kekecohan dengan mempersoalkan mengenai penurunan harga petrol.

Rafizi yang ketika itu mengkritik kepimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) berhenti seketika selepas mendengar pertikaian lelaki berkenaan yang berdiri tidak jauh dari pentas ceramah.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Rafizi mempelawa lelaki berkenaan yang dianggap sebagai kawan Muhammad Sanusi untuk naik ke pentas ceramah untuk memberikan penjelasan kepadanya namun lelaki terbabit enggan sebelum beredar dari kawasan itu.

Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Perpaduan menggesa lelaki itu untuk naik ke pentas namun Rafizi meredakan keadaan dan memberikan penjelasan kepada penyokong yang hadir cara menyampaikan penjelasan secara terus mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan orang ramai.

Iklan

Beliau berkata, sebelum ini subsidi terbabit dibayar kepada beberapa syarikat minyak saban tahun, berbeza dengan tindakan kerajaan ketika ini yang terus mengagihkannya termasuk kepada keluarga yang menikmati pembiayaan serendah RM200 hingga RM500 sebulan.

"Zaman minyak dulu yang harga RM1.90 tahu tak berapa harga minyak mentah masa itu? Tahu tak berapa subsidi yang kerajaan kena belanjakan? Sikit saja (ditanggung kerajaan kerana) masa itu subsidi kena belanja RM3 bilion daripada bajet RM200 bilion lebih.

Iklan

"Sekarang ini subsidi RM60 bilion dengan harga minyak mentah AS$80 (setong)... saya sebut dulu (turunkan harga minyak) kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi itu masih lagi boleh ditangguh kenapa nak hapuskan subsidi.

"(Sekarang) bila subsidi sudah jadi RM80 bilion nak buat sekolah tak boleh, nak naik gaji tak boleh dan subsidi menyebabkan harga (minyak) yang rendah itu yang dapatnya orang kaya-kaya, bukankah lebih baik kita alihkan subsidi itu, bukanlah kita batalkan," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

>