Abdul Rahman, Hisham terajui Muda Kelantan, Wilayah Persekutuan

Iklan
Abdul Rahman

KOTA BHARU - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Jumaat melantik Abdul Rahman Khairuddin sebagai Pengerusi Muda negeri Kelantan manakala Hisham Hamzah akan memimpin Muda Wilayah Persekutuan.

Keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama melalui mesyuarat itu Jumaat lepas dan akan berkuat kuasa pada Isnin.

Iklan
Iklan

Setiausaha Agung Muda Amir Hadi melalui kenyataan memaklumkan pertukaran itu dibuat berikutan kedua-dua pengerusi sebelum ini melepaskan jawatan mereka atas faktor peribadi.

"Sebelum ini Pengerusi Muda Kelantan ialah Badzlan Abu Bakar dan Taufiq Zarak pula ialah Pengerusi di Wilayah Persekutuan," katanya.

Iklan

Beliau juga memaklumkan Taufiq turut melepaskan keahliannya dalam parti itu.

Tambahnya, Badzlan dan Taufiq merupakan antara anggota awal yang banyak membantu Muda sejak awal penubuhan parti itu dan mengendalikan parti masing-masing dengan jayanya.

Iklan

"Kami berharap Abdul Rahman yang sebelum ini ialah Ketua Penerangan Muda Kelantan dan Hisham Setiausaha Muda Wilayah Persekutuan dapat melancarkan lagi perjalanan proses rejuvenasi parti selepas dilantik sebagai pengerusi," katanya lagi.

Amir dalam pada itu memberitahu, selepas pelantikan berkenaan, Abdul Rahman dan Hisham diberi mandat membentuk jawatankuasa eksekutif negeri yang baharu dan akan kekal sehingga pemilihan parti yang dijadualkan penghujung tahun ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!