Lihat kelemahan diri, bukan salahkan PM sahaja: Abu Bakar

Iklan
Abu Bakar Yahya hadir ke Program Ziarah Kasih di Kampung Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan hari ini.

JELEBU - Pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) perlu melihat kelemahan yang ada pada diri masing-masing terlebih dahulu sebelum menyalahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sebalik kekalahan parti itu dalam lima siri pilihan raya kecil termasuk di Parlimen Kimanis, 18 Januari lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Abu Bakar Yahya berkata, walaupun Dr Mahathir merupakan Pengerusi PH dan mengetuai kerajaan ketika ini, pemimpin lain daripada parti-parti komponen gabungan itu turut diamanahkan untuk melaksanakan pentadbiran yang baik untuk rakyat.

Iklan
Iklan

"Yang ada dalam PH dan kerajaan ketika ini bukan Dr Mahathir seorang, tetapi turut dianggotai oleh pemimpin-pemimpin lain daripada parti komponen PH.

Abu Bakar Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf sempena Program Ziarah Kasih di Kampung Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan hari ini.

"Maksudnya, sebarang usaha yang bersangkut-paut dengan prestasi serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan merupakan tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan.

Iklan

"Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi melihat daripada siri kekalahan PH dalam lima PRK sebelum ini wajarlah semua pihak mengambil pengajaran untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing, bukannya menyalahkan bulat-bulat ke atas Perdana Menteri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik ada rakyat terpengaruh, cium tangan pencuri: Tun M

Iklan

Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti komponen PH termasuk Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syukri Razab yang menyalahkan Dr. Mahathir di sebalik kekalahan PH dalam beberapa siri PRK serta kelemahan prestasi kerajaan.

Tambah Abu Bakar, Perdana Menteri baru-baru ini telah pun menegaskan bahawa PH tidak akan menjadi kerajaan sepenggal sekiranya semua individu yang berada dalam gabungan itu mampu menonjolkan kelebihan dan kebaikan yang telah dilaksanakan mereka kepada rakyat.

”Sedangkan fokus sebenar perlu diberikan perhatian ialah bagaimana untuk meningkatkan prestasi kerajaan, pemulihan ekonomi dan menyelesaikan hutang negara serta memastikan kesejahteraan rakyat.

"Jika isu peralihan menjadi keutamaan, sudah tentunya rakyat merasa terpinggir, muak dan tidak yakin dengan kerajaan dan PH...fikir-fikirkan lah," tegasnya.

Terdahulu, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf sempena Program Ziarah Kasih di Kampung Simpang Durian, di sini hari ini.