Angkasa anjur konvesnyen khas perkasa sektor koperasi

Iklan

KELANA JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Kebangsaan Berhad (Angkasa) akan mengadakan konvensyen bertujuan untuk merangka pengisian Dasar Koperasi Negara selaras dengan hala tuju kerajaan dan Revolusi Industri 4.0.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Angkasa, konvensyen tersebut turut menyasarkan kaedah terkini bagi gerakan koperasi agar dapat menjadi pemangkin pembangunan dan rakan strategik pihak bukan koperasi terutama perniagaan kecil dan sederhana yang diusahakan oleh koperasi.

Iklan
Iklan

Jelasnya, pada ketika ini terdapat begitu banyak koperasi yang menjalankan pelbagai perniagaan khususnya berkaitan dengan perniagaan digital sesuai dengan era masa kini.

"Angkasa memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang begitu penting dalam melaksanakan segala kerja dan tindakan untuk melonjakan pencapaian gerakan koperasi ke persada dunia," katanya di sini hari ini.

Iklan

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Kerjasama dan Keusahawanan akan diadakan pada 12 hingga 13 Januari 2019 di Hotel Tanera, Bangi, Selangor.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof di jangka hadir untuk merasmikan konvensyen tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Angkasa juga mengharapkan agar sebarang dapatan dan resolusi yang dijana menerusi konvensyen ini akan berupaya meningkatkan sumbangan perolehan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Peningkatan perolehan sektor koperasi akan seterusnya memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara.

"Konvensyen ini bakal menghimpunkan para pemimpin yang mewakili lebih seribu buah koperasi dari seluruh negara termasuk wakil-wakil kementerian, agensi kerajaan, insitusi kewangan dan institusi pengajian tinggi," katanya.

Jelasnya, resolusi yang dihasilkan menerusi konvensyen ini akan dikaji dan diteliti supaya dipertimbangkan oleh pihak kementerian sebagai pelan tindakan kepada gerakan koperasi Malaysia untuk tempoh sehingga tahun 2030.

"Resolusi ini dijangka akan disampaikan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr Hatta Md Ramli pada Majlis Penutupan Konvensyen yang akan diadakan pada 13 Januari," ujarnya.

Sehubungan itu, Angkasa sebagai badan apeks gerakan koperasi negara sentiasa memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan dalam memastikan gerakan koperasi Malaysia sentiasa berdaya saing dalam bidang perniagaan berimpak tinggi.

"Angkasa berharap konvensyen ini akan memberi hasil positif lagi bermanfaat dalam menyediakan hala tuju gerakan koperasi bagi menyediakan platform lonjakan untuk perniagaan koperasi serta meningkatkan pembangunan tenaga penggerak sektor koperasi yang akan membawa gerakan koperasi Malaysia ke persada dunia," jelasnya.