Mayat rakyat Palestin ditemui selepas tentera Israel tinggalkan timur Deir al-Balah

Iklan
Lelaki yang cedera dibawa ke Hospital Al-Aqsa Martyrs di Deir al-Balah di Jalur Gaza Tengah, berikutan pengeboman Israel ke atas sebuah apartmen kediaman di Deir al-Balah dan kawasan al-Maghazi. Foto AFP

GAZA CITY - Pasukan kecemasan di Gaza mengeluarkan mayat rakyat Palestin pada Isnin selepas pencerobohan oleh tentera Israel di kawasan timur Deir al-Balah, Semenanjung Gaza berlanjutan selama lima hari.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan bahawa tentera Israel telah meninggalkan bandar terbabit, namun rakyat Palestin yang cuba kembali ke rumah mereka tetap menjadi sasaran hingga mengakibatkan ramai terkorban.

Iklan
Iklan

Pasukan kecemasan berjaya mengakses kawasan yang sebelum ini diduduki tentera Israel dan mengeluarkan mayat-mayat berkenaan.

Tentera turut meroboh banyak rumah dan meratakan beberapa kawasan kediaman serta pertanian.

Iklan

Sejak serangan ganas Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023, lebih 37,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala sebahagian besar wilayah itu musnah akibat sekatan yang menjejaskan bekalan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan