'RM200 sebulan tidak mencukupi'

Iklan
Pemilik kenderaan diesel persendirian terpaksa menambah perbelanjaan antara RM300 hingga RM400 sebulan susulan kenaikan harga diesel. Gambar kecil dari kiri: Abdul Halim, Mohd Shahir

SHAH ALAM - Pemilik kenderaan diesel persendirian mengakui terbeban dan terpaksa menambah perbelanjaan antara RM300 hingga RM400 sebulan susulan kenaikan harga diesel oleh kerajaan.

Penyelia, Mohd Shahir Jaafar, 39, berkata, walaupun pengguna kenderaan persendirian diberi bantuan Budi Madani RM200 sebulan, namun jumlah tersebut tidak mencukupi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai pengguna dia terpaksa akur dengan pengumuman kerajaan dan terpaksa mencari alternatif lain.

"Meskipun ada bantuan daripada kerajaan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan diesel, namun jumlah ini tidak cukup untuk mereka yang berulang-alik dengan jarak yang jauh antara rumah ke tempat kerja.

Iklan

"Saya terpaksa menambah RM300 hingga RM400 sebab setiap hari saya memandu lebih 150 kilometer untuk urusan kerja.

"Jika dulu kita gunakan kenderaan diesel kerana lebih jimat tetapi selepas mendengar kenaikan harga diesel, saya mungkin kena cari alternatif lain,” katanya.

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, pemilik kenderaan diesel, Abdul Halim Abdul Shukor, 37, berkata, kenaikan harga diesel akan memberi kesan terhadap kenaikan harga barangan lain.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan kos sara hidup akan meningkat sekali gus membebankan pengguna.

"Kalau harga diesel naik sudah tentu harga barangan lain juga akan meningkat.

"Saya juga jangkakan jumlah perbelanjaan untuk tampung minyak diesel kenderaan sahaja akan naik 60 peratus,” katanya.

Secara kasar, bantuan RM200 tersebut membolehkan pengguna membeli kira-kira 166 liter diesel pada kadar sama seperti sebelum harga diesel diapungkan iaitu RM2.15 seliter.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!