2,000 pengusaha bas persiaran mula tersepit

Iklan
Pengusaha bas persiaran dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang atau mengenakan caj tambahan susulan kenaikan harga diesel. Gambar kecil: Mohd Rofik

SEREMBAN - Lebih 2,000 pengusaha bas persiaran dan bas carter di seluruh negara berada dalam keadaan 'tersepit' berikutan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, ini kerana kebanyakan pengusaha telah pun menerima tempahan sehingga hujung tahun ini sedangkan kadar tambang ditetapkan mengikut harga diesel RM2.15 seliter

Iklan
Iklan

"Sudahlah kategori bas ini tidak termasuk dalam kategori layak menerima subsidi, kini berdepan pula kenaikan harga diesel dan ini sangat membebankan.

"Sekarang ramai pengusaha dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang ditetapkan atau mengenakan caj tambahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Mohd Rofik, kebanyakan pengusaha pula telah pun mengambil wang deposit dan mereka bimbang sekiranya menaikkan harga tambang akan berdepan kehilangan pelanggan.

Katanya, untuk isian penuh diesel bagi sebuah bas pada kadar baharu, pengusaha perlu menanggung sehingga RM600 berbanding kadar lama antara RM350 hingga RM400 sahaja.

Iklan

"Jadi saya mohon sangat kerajaan supaya pertimbang perluaskan Program Subsidi Diesel Budi Madani kepada semua kategori bas kerana mereka juga pengangkutan awam,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!