SJKC fokus dalam pengajaran dan pembelajaran

Iklan
Laporan Sinar Ahad berhubung trend peningkatan ibu bapa bukan Cina menghantar anak mereka ke SJKC. Gambar kecil: Dr Anuar Ahmad

SHAH ALAM - Kualiti Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah setara namun beberapa faktor termasuk kelebihan persekitaran yang ada di SJKC menjadi nilai tambah untuk ibu bapa bukan Cina memilih menghantar anak-anak mereka belajar di situ.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, berdasarkan pengalaman sendiri mengajar di SJKC, beliau melihat SJKC lebih fokus dalam aspek pengajaran dan pembelajaran berbanding sibuk dengan penganjuran program-program yang tidak berkaitan.

Iklan
Iklan

"Apa yang berlaku di sekolah Cina ini, selain guru, ibu bapa juga mengambil peranan yang sangat penting dalam pembelajaran anak-anak mereka.

"Tapi, kalau kita persoalkan adakah kualiti sekolah Cina jauh lebih baik daripada SK, saya tak melihat begitu kerana kurikulum dan guru lebih kurang sama. Tapi, apabila tidak banyak aktiviti bukan pembelajaran di sekolah, menyebabkan pembelajaran menjadi lebih fokus dan lebih baik pada anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau mengulas laporan Sinar Ahad berkenaan berlaku trend peningkatan ibu bapa bukan Cina menghantar anak mereka ke SJKC.

Dalam pada itu Anuar turut mengakui, kesedaran ibu bapa tentang kepentingan untuk anak-anak menguasai bahasa Mandarin menyebabkan semakin ramai murid bukan Cina bersekolah di SJKC.

Iklan

"Jadi, sepatutnya SK pun harus juga sentiasa meningkatkan kualiti supaya mendapat perhatian dan permintaan daripada ibu bapa,” ulasnya.

Ditanya mengenai cadangan mewujudkan kelas bahasa Mandarin di SK, beliau berkata, ia telah lama dicadangkan namun sentiasa berdepan kekangan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaannya atas faktor persekitaran murid di SK.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!