Jualan kenderaan diesel diramal turun 50 peratus
Iklan
SHAH ALAM - Jualan kenderaan diesel terutamanya jenis trak pikap dijangka mengalami kemerosotan lebih 50 peratus susulan pelaksanaan pengapungan harga bahan api tersebut.
Penasihat jualan kereta terpakai, Khairil Anwar Jaafar, 45, berkata, sejak sebulan lalu penjualan kenderaan tersebut didapati sangat perlahan kerana pembeli mengambil sikap tunggu dan lihat.