Hamas alu-alukan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB

Iklan
Wanita dan kanak-kanak Pelastin mengambil air melalui kawasan bangunan yang musnah dibom Israel di bandar Gaza pada Isnin. Foto AFP

PASUKAN pejuang Palestin, Hamas bersedia untuk melibatkan diri dengan perantara dalam rundingan tidak langsung untuk melaksanakan langkah-langkah yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Hamas, pasukan itu komited untuk melaksanakan"pengunduran sepenuhnya [pasukan Israel] dari Semenanjung Gaza, pertukaran tahanan, pembinaan semula Gaza, pemulangan orang yang dipindahkan ke kawasan kediaman mereka, penolakan sebarang perubahan demografi atau pengurangan kawasan di Semenanjung Gaza dan pengenalan bantuan yang diperlukan kepada rakyat kita di Semenanjung.”

Iklan
Iklan

Hamas berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mengenai cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk pelaksanaan gencatan senjata kekal dan pembebasan tebusan di Gaza pada Isnin. Resolusi tersebut diterima dengan 14 undi menyokong, tiada undi menentang dan satu undi berkecuali oleh Rusia. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan
Iklan