Konsisten 35 tahun menabung, 14 sekeluarga akhirnya ke Makkah

Iklan
Baharin dan isteri menunaikan haji bersama lapan orang anak dan empat menantu mereka.

MAKKAH - [DIKEMAS KINI] Kesungguhan Baharin Osman, 60, menabung selama 35 membuahkan hasil apabila beliau dan isteri dapat menunaikan haji bersama lapan anak serta empat menantu mereka.

Baharin yang berasal dari Bintulu, Sarawak berkata, kesabaran dan keazaman tinggi membuktikan tiada yang mustahil, lebih-lebih lagi melihat arwah datuknya mampu berbuat demikian sehingga semua anaknya dapat mengerjakan haji ketika usia muda.

Iklan
Iklan

"Saya mula menabung sejak mereka lahir dengan jumlah hanya RM50. Apabila dapat saja surat beranak daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), saya terus buka akaun dan daftarkan mereka satu persatu.

"Boleh dikatakan semua anak saya seminggu sahaja lahir sudah ada akaun Tabung Haji (TH) dan didaftarkan haji. Alhamdulillah hasilnya sekarang apabila semua anak dan menantu saya dapat mengerjakan haji serentak,” katanya ketika ditemui petugas media, baru-baru ini.

Iklan

Baharin bersama isteri dan lapan anak serta empat menantunya antara sebahagian 31,600 jemaah haji bagi musim 1445H/2024M.

Menurut Baharin lagi, untuk memastikan dirinya kekal konsisten, beliau akan memastikan jumlah wang tabungan diasingkan sebaik gaji diterima setiap bulan.

Iklan

"Kalau sudah buat potongan tiap-tiap bulan, ia bermakna kita sudah ketepikan wang dan hanya menggunakan sumber yang ada sahaja.

"Apa yang penting, kita uruskan wang selepas segala potongan dibuat. Memang sukar tetapi percayalah nanti akan ada kemanisannya,” jelasnya.

Tambah Baharin, untuk menunaikan ibadah haji sekeluarga termasuk menantu bukan sesuatu yang mudah.

"Hanya saya, isteri dan lapan anak yang menerima tawaran haji dan tidak melibatkan menantu. Justeru, saya perlu membuat rayuan terlebih dahulu bagi membolehkan kami sekeluarga dapat menunaikan haji serentak,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada TH kerana telah mengurus perjalanan mereka sekeluarga dengan baik dari Bintulu sehingga ke Tanah Suci.

Anak-anak mereka adalah Afifa Baharin, 31, bersama suaminya Abdul Hadi Abdul Hafidz, 31, Afiqah, 30 bersama pasangannya Ahmad Ramzie Ramle, 32, Afqar, 29 bersama isterinya Nur Aqilah Ismail, 29, Afnan, 27 bersama Nur Adibah Marzida Ghazali, 28, Afrina, 25, Afdhal, 23, Afifudin, 20 dan Afiq, 18.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!