Hafizul tiba di Mahkamah Sesyen Sepang untuk sebutan kes cubaan bunuh

Iklan
Hafizul memakai baju-T dan berseluar berwarna putih dibawa ke mahkamah pada jam 9.10 pagi.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Ia bagi prosiding sebutan dua kes cuba membunuh isterinya, Farah Cie dan menyebabkan cedera parah terhadap seorang pengawal peribadi, April lalu.

Iklan
Iklan

Dia yang memakai baju-T dan berseluar berwarna putih dibawa ke mahkamah pada jam 9.10 pagi, dengan menaiki kenderaan polis.

Ini merupakan sebutan kes hari pertama selepas didakwa di sini pada 25 April lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda, namun jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada tujuh anak itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Mohd Nur Hadith Zaini, 38, menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian, di lokasi, masa dan tarikh sama.

Iklan

Bagi kes berkenaan, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!