Maybank Islamic perkenalkan platform dalam talian MyQurban dengan tawaran istimewa

Iklan
Selain menawarkan diskaun RM20 bagi setiap pesanan korban, Maybank Islamic turut bersama- sama melaksanakan inisiatif sadaqah untuk membantu misi kemanusiaan Palestin.

KUALA LUMPUR - Maybank Islamic Berhad melancarkan MyQurban, perkhidmatan kewangan digital yang menawarkan kemudahan di hujung jari untuk menunaikan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maybank Islamic untuk menjadikan perkhidmatan pengurusan kekayaan Islamnya lebih mudah diakses dengan mendigitalisasikan rangkaian produk patuh syariah hujung ke hujung secara holistik.

Iklan
Iklan

MyQurban merupakan platform terbaik yang memudahkan tempahan korban, khususnya bagi pelanggan yang mementingkan fleksibiliti masa dan selesa dengan perlaksanaan korban secara dalam talian.

Melalui kerjasama dengan empat pembekal korban iaitu Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), EZQurban, Aqiqah Centre, dan Aqiqah4u, pelanggan mempunyai pilihan untuk menyertai korban di luar Malaysia dengan kos lebih mampu milik.

Iklan

Antara kelebihan platform MyQurban ini adalah pelanggan dapat menikmati diskaun RM20 bagi setiap pesanan bahagian korban yang dibuat.

Selain itu, Maybank Islamic turut menjadikan ibadah korban tahun ini lebih bermakna melalui inisiatif kempen sadaqah.

Iklan

Dengan setiap bahagian korban yang dipesan oleh pelanggan, pihak Maybank Islamic akan memadankan sumbangan (matching contribution) tersebut dan seterusnya dana berkenaan disalurkan kepada Mercy Malaysia untuk misi kemanusiaan di Palestin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Islamic, Datuk Muzaffar Hisham, ibadah korban mempunyai pengertian yang sangat mendalam bagi umat Islam.

Kata beliau, sebagai peneraju perbankan Islam di Malaysia, Maybank Islamic sentiasa menginovasikan perkhidmatan mereka untuk memberi pelanggan kelapangan minda agar mereka dapat menyempurnakan kewajipan itu dengan sebaik mungkin, termasuklah ibadah korban.

"Inisiatif MyQurban merupakan salah satu cabang di bawah teras penyucian harta dari sudut perancangan kekayaan Islam di Maybank Islamic. Ia juga peringatan buat umat Islam untuk menzahirkan kesyukuran, belas kasihan serta amal jariah, di samping mengeratkan silaturahim.

"Selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk menerusi ibadah korban, kami mengambil peluang ini untuk mencetuskan impak yang lebih besar ke atas komuniti, terutamanya mereka yang memerlukan, melalui inisiatif sadaqah.

"Justeru, kami berharap semoga lebih ramai lagi pelanggan tampil membuat pesanan korban mereka di platform MyQurban kerana semakin banyak pesanan korban yang dibuat, semakin tinggi dana yang dapat kita sumbangkan bersama-sama untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin,” ujarnya.

MyQurban adalah salah satu solusi di bawah rangkaian penuh produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan Islam Maybank Islamic yang merangkumi kesemua lima teras pengurusan kekayaan – penghasilan, pengumpulan, perlindungan, penyucian dan pengagihan kekayaan.

Kempen berkenaan telah dilancarkan pada satu acara eksklusif untuk pelanggan Maybank Islamic Private Wealth dengan penampilan tetamu istimewa, Mufti Menk, ulama tersohor dunia yang sering disenaraikan dalam kalangan ‘500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia’ dan terkenal dengan ceramah-ceramah motivasinya tentang keamanan, perikemanusiaan dan muhasabah diri.

Bersama lahirkan kepuasan dalam pengorbanan dengan Maybank Islamic MyQurban dari sekarang hingga 19 Jun 2024. Untuk mendaftar, layari maybank.my/myqurban.