[VIDEO] Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar

Iklan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak wajar mengaitkan harga minyak semasa dengan ucapan beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), 16 tahun lalu.

Jelasnya, pada ketika itu, harga minyak negara lebih tinggi berbanding negara- negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.

Iklan
Iklan

"(Rakaman video) Yang mengatakan saya ulang hari ini menang, esok harga minyak turun.

"Saya sebut itu tahun 2008 kerana harga minyak di Arab Saudi sekitar 50 sen manakala kita RM1.80.

Iklan

"Sekarang kos sudah bertambah RM2.05 di Arab Saudi dan kita RM2.95, minyak murah ini hanya di Brunei," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini pada Selasa.

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada Selasa. Foto Bernama

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula 10 Jun sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Iklan

Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.

Keputusan kerajaan itu menyebabkan rakaman video berkenaan kembali bertebaran dan menjadi bahan jenaka di segenap media sosial pada minggu ini.

Pada majlis sama, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan menjelaskan kedudukan negara antara kadar inflasi rendah di ASEAN tidak menjamin tiada kenaikan harga barangan meskipun beliau tidak inginkan perkara itu berlaku.

"Saya nak maklum kepada saudara, kita fikir betul-betul, sekarang saya Perdana Menteri, saya tidak mahu kenaikan.

"Kalau kata kadar inflasi rendah, memang rendah tapi maknanya apa? Harga barang naik sikit.

"Saya tidak kata barang tidak naik. Tapi kadang-kadang dalam perbincangan kita (menyebut) Anwar kata barang tidak naik. Tak ada.

"Inflasi yang terendah di ASEAN maknanya kenaikan kecil masih berlaku," katanya sambil menambah beliau turun ke bawah setiap minggu bagi menyelami kehidupan rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!