Isteri Hasan Malek meninggal dunia akibat kanser

Iklan

SEREMBAN - Isteri bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek, meninggal dunia pada Selasa.

Allahyarhamah Datin Seri Norainee Mohd Yatib, 74, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.20 pagi di rumahnya di Taman Bukit Chedang di sini akibat kanser.

Iklan
Iklan

Menurut Hasan yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Allahyarhamah sememangnya mempunyai masalah kesihatan, namun tidaklah begitu serius.

"Tapi malam tadi keadaan kesihatan isteri saya mula merosot dan dia menghembuskan nafas terakhir di sisi saya dan anak-anak," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Allahyarhamah yang meninggalkan tiga anak dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale pada jam 11 pagi.

Iklan