[VIDEO] Beku akaun: Daim, keluarga fail semakan kehakiman terhadap Anwar

Iklan

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Tun Dr Daim Zainuddin dan keluarganya memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis lalu bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung membekukan akaun bank mereka.

Mereka juga memohon perintah untuk membatalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita harta alih yang dikenakan mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan terhadap akaun bank terbabit.

Iklan
Iklan

Selain bekas Menteri Kewangan itu, pemohon lain ialah isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, empat anak mereka dan 18 syarikat lain.

Syarikat tersebut ialah AAD Equity Sdn Bhd, Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn Bhd, Anchor Point Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Adrihaniz Sdn Bhd, Syarikat Malur Sdn Bhd, Amiraz Sdn Bhd, Ridana Sdn Bhd, Daan Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Magical Zone Sdn Bhd, Permatang Maju (M) Sdn Bhd, Brainstorms Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Gajah3 Resource Centre Sdn Bhd, Ilham Tower Sdn Bhd, dan Selidik Jaya Sdn Bhd.

Iklan
Gambar fail Daim dan isterinya, Na'imah.

Mereka menamakan menamakan Penolong Penguasa Sektor Sasaran Operasi Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM, Haris Fadhila Sukaime; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki; SPRM; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Kerajaan Malaysia, sebagai responden pertama hingga keenam.

Menerusi dokumen yang diperoleh media, pemohon berkata, tindakan responden telah melanggar hak perlembagaan, menyalahi undang-undang, tidak rasional dan bukan mengikut tatacara.

Iklan

Mereka juga mendakwa, responden pertama hingga keempat mempunyai niat jahat iaitu mala fide, penyalahgunaan proses undang-undang dan kuasa.

"Kami memohon perintah supaya ganti rugi dan kos untuk ditaksirkan menurut Seksyen 44 (6) Akta itu dan ganti rugi am dan teladan, kos serta perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah,” katanya.

Sementara itu, menerusi afidavit sokongan difailkan Na’imah, isteri bekas Menteri itu berkata, mereka sekeluarga terjejas berikutan tindakan SPRM menyita akaun terbabit.

Beliau percaya bahawa, segala keputusan serta tindakan SPRM bertujuan politik semata-mata.

Bagaimanapun, Na’imah menegaskan sehingga kini, mereka tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dikaitkan dengan akta itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!