Antara petua tradisional dan bukti saintifik

Iklan
Gambar hiasan

Rakyat Malaysia kaya dengan macam-macam petua untuk mengubat segala jenis penyakit.

Kebanyakan petua turun-temurun itu pula menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di sekeliling kita.

Iklan
Iklan

Kalau kencing manis, ubatnya peria katak, ginseng dan daun lidah buaya. Jika demam, jeram kepala dengan air asam jawa atau bunga raya.

Baru-baru ini pula kecoh di media sosial mengenai bawang merah yang dikatakan mampu menyerap virus influenza di udara.

Iklan

Merak Jalanan dengar ramai juga yang terpengaruh dengan teori tersebut sampaikan mereka letak bawang di sudut-sudut rumah.

Malangnya, teori tersebut tiada bukti saintifik, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Iklan

Maksudnya, petua itu boleh jadi betul, boleh jadi salah dan kalau berkesan, ia mungkin hanya kebetulan.

Sebenarnya ubat yang dijual di farmasi atau hospital banyak yang berasal dari alam semula jadi.

Contohnya, ubat aspirin yang digunakan untuk rawatan strok di hospital berasal daripada pokok willow.

Namun, ubat moden itu telah diuji dan pengkaji tahu bagaimana untuk mengurangkan kesan sampingannya.

Merak Jalanan fikir, tak salah jika kita mencuba pelbagai petua itu asalkan jangan berlebih-lebihan.

Apa yang salah ialah gara-gara petua itu kita menolak terus rawatan hospital seperti yang dilakukan kumpulan antivaksin sebelum ini.