Remaja maut putus kaki nahas libat tiga motosikal

Iklan
Keadaan motosikal di lokasi kemalangan di Pasir Puteh.

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila kaki kanannya terputus selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Jerus - Kok Lanas (dalam pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama) di Banggol Saman, Pasir Puteh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, kemalangan kira-kira jam 7.40 petang itu berlaku ketika dua motosikal jenis Honda EX5 masing-masing ditunggang seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun datang dari arah Kok Lanas menuju ke Kota Bharu.

Iklan
Iklan

"Setibanya di tempat kejadian, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan tersebut dan melanggar motosikal jenis Honda RS yang ditunggang oleh mangsa dari datang dari arah bertentangan menyebabkan kesemua mereka terjatuh di atas jalan terbabit,” katanya.

"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang motosikal Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Machang dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan.

Iklan

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Zaizul Rizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh menyalurkan ke balai berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Inspektor Muhammad Firdaus Adzmi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!