Lembu sado milik Paksu Mie

Iklan
Penternak lembu sado, Noraimi Hasan, 53, atau mesra dikenali Paksu Mie memberi makan kepada sebahagian lembu sado miliknya ketika ditemui Bernama di Pantai Senok di sini.

Menurut Paksu Mie lembu bersaiz 'gergasi' berkenaan menjadi tarikan bukan sahaja disebabkan saiznya yang lebih besar berbanding lembu tempatan bahkan ianya mempunyai rasa yang lebih enak serta lebih empuk apabila dimasak.

Mempunyai keistimewaan tersendiri membuatkan lembu sado menjadi pilihan untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti meskipun ditawarkan pada harga kayangan sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit seekor.