Nahas helikopter MSDF: Jepun isytihar 7 kru hilang meninggal dunia

Iklan
Laporan Sinar Harian

TOKYO - Kementerian Pertahanan Jepun pada Selasa mengisytiharkan kematian tujuh kru yang disenaraikan sebagai hilang sejak perlanggaran dua helikopter peronda Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) pada April, lapor Xinhua.

"Saya merasa kesal kerana kami berusaha keras mencari mereka. Saya juga berasa sedih untuk keluarga mereka," kata Menteri Pertahanan Minoru Kihara pada sidang media, sambil menambah bahawa MSDF akan terus mencari jasad kru dan bangkai helikopter berkenaan.

Iklan
Iklan

Bilangan kematian akibat nahas helikopter itu meningkat kepada lapan orang, dengan hanya satu mayat berjaya ditemui setakat ini.

Dua helikopter SH-60K, masing-masing membawa empat anggota MSDF, berlanggar dan terhempas semasa latihan malam pada 20 April di perairan berhampiran Kepulauan Izu, kira-kira 600 km selatan Tokyo. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!