KUANTAN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat kes keracunan makanan yang mengakibatkan seorang pelajar Tingkatan Lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut pada Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu masih dalam semakan pihaknya.
"(Namun) perkara itu masih dalam semakan dan siasatan," katanya ketika mengadakan sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan di sini pada Selasa.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut keracunan makanan disediakan program sekolah
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan pelajar Tingkatan Lima maut dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah di Gombak pada Isnin.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai makan bihun dan telur goreng tercemar itu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!