Kuali roti canai antara barangan penjaja warga asing kena 'angkut'

Iklan
Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan tujuh notis sitaan dan pindah halangan terhadap penjaja warga asing di sekitar Jalan 14/155C, Bukit Jalil di sini.

DBKL menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa memaklumkan, operasi melalui tindakan khas itu dijalankan menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Seputeh.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tindakan sitaan dan pindah halangan itu di dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

DBKL mengeluarkan tujuh notis sitaan dan pindah halangan terhadap penjaja warga asing di sekitar Jalan 14/155C, Bukit Jalil di sini.

"Antara barangan yang disita adalah meja, kerusi plastik, kuali roti canai, peti ais, tong gas dan lain-lain peralatan.

Iklan

"Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya," kata kenyataan tersebut.

Tiindakan sitaan dan pindah halangan itu di dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Tambah kenyataan itu, tindakan dan pemantauan berterusan juga akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!