Segerakan laksana tindakan terhadap ketua jabatan tak lapor rasuah

Iklan
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengesyorkan mana-mana ketua jabatan perkhidmatan awam yang masih mengizinkan kesalahan rasuah berlaku di bawah seliaan masing-masing disekat daripada menerima kenaikan pangkat atau imbuhan gaji.

SHAH ALAM - Sekatan kenaikan pangkat atau imbuhan gaji kepada ketua jabatan dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan segera bagi menangani isu salah laku rasuah dalam organisasi itu.

Setiausaha Agung Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Rosdi Amir berkata, tindakan tersebut akan melahirkan penjawat awam yang sentiasa cakna terhadap tanggungjawab digalas terutama dalam memastikan jabatan yang diselia sentiasa melaksanakan tadbir urus yang terbaik.

Iklan
Iklan

"Tindakan mewajibkan ketua jabatan melaporkan sebarang salah laku akan meningkatkan ketelusan dan mengurangkan ruang untuk sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.

"Langkah tegas ini merupakan asas kepada pembentukan budaya integriti dalam semua jabatan dan agensi kerajaan. Individu yang berada di kedudukan tertinggi wajib bertanggungjawab atas tindakan dan jabatan mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengesyorkan mana-mana ketua jabatan perkhidmatan awam yang masih mengizinkan kesalahan rasuah berlaku di bawah seliaan masing-masing disekat daripada menerima kenaikan pangkat atau imbuhan gaji.

Tegas Anwar, adalah mustahil isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku di dalam jabatan atau kementerian tidak diketahui oleh ketua mereka.

Iklan

Tambah Rosdi, melalui tindakan berkenaan, ia akan mengembali dan menguatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi komitmen yang jelas dalam memerangi rasuah.

"Hasilnya amat diyakini akan mengurangkan amalan rasuah di negara ini dengan adanya mekanisme pengawasan dan pelaporan yang lebih ketat, kejadian rasuah dapat dikurangkan secara signifikan.

"Tahap akauntabiliti dalam pengurusan jabatan turut meningkat jika ketua jabatan atau unit mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melaporkan setiap salah laku dilakukan penjawat awam," katanya.

Jelas beliau, salah laku rasuah bukan hanya pada suapan melibatkan wang ringgit malah ia juga terdiri daripada hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun.

Ujarnya, MCW yakin dan percaya melalui koordinasi kerjasama dan komitmen seluruh rakyat Malaysia, sebuah negara yang lebih bersih, amanah dan berintegriti dapat dibina.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!